my family

my family

Tuesday, June 19, 2012

19.6.2011- dugaan my 2nd baby


19 weeks...

dh 2 mggu aku ok dr bleeding.. actually ade je lg bleeding cume aku mls dh ank amik tau sbb aku mls nk jumpe doc yg last² akn ckp aku tk de pape.. so bek aku tk yah kecoh².. slagi baby aku ok aku akn kuatkan smangat aku.. aku dh pulih dr mabuk smua. cume penat, kuat ngantok, cepat letih nafas pon pyh.. tp aku rase biase jelakan dh namenye pregnant..

smlm aku check up nurse ckp HB aku trun mendadak dr 12.7 - 10.3.. dh nk dekat 9 tu.. pastu timbang berat, berat aku pon turun.. ptutla aku asik rase letih smua tu.. ni punce nye.. adoi.. dugaan tol aku pregnant kali ni.. mase aiman dlu tk la mcm ni cume bleeding jela dr awal smpai bersalin.. tp tk pela aku harap aku bersalin sesenang aiman.. :D kt bwh ni aku ltakkan punca, kepentingan dan kesan hb trun.. huhuhuh


PUNCA HB RENDAH
Peningkatan dalam isipadu darah
Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
Penurunan kadar HB normal
Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
Kekurangan asid folat
Pendarahan gastrointestinal
Kehilangan darah dari pendarahan buasir

RISIKO HB RENDAH

Kesan kepada ibu· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan· Mengalami keguguran· Mengalami kegagalan jantung· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL
  
KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai. 

KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu 

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan. 

CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
- Hati Ayam: 1 ketul (setiap hari)
- Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
- Daging ayam: bahagian dada
- Kerang: 20 biji
- Ikan bilis

2. Pengambilan vitamin yang dibekalkan dari Klinik Kesihatan dimakan dengan cara yang betul dan berterusan
- Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan

3. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin
- sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan